Anjing, Radio dan Podcast
Seperti hari-hari lain, pagi tadi aku jalan kaki ke IC merentasi Kensington Garden yang besar itu..kalau dari hall ke kampus adela dalam 20-25 mins (ini kalau guna rate orang london berjalan…expect some longer time if u’re not a londonite). Kalau jalan kat taman-taman ni biaselah mesti jumpa anjing2 sekalian dengan tuannye…ade kecik..besar..comel..hodoh dan sebagainya. Bile dah selalu jalan2 dengan binatang2 nih dah rase biasa la plak…kekadang tu selamba je tuan anjing bagi anjing dia lalu kat sebelah..tapi xyah risau sebab anjing2 kat sini tak menyerang manusia dengan ganas.

Kensington Garden (Aerial View)
Pagi tadi ade 2,3 orang yang bawak 4-5 anjing mereka yang fluffy dan besar. Ntah kenapa tetiba salah seekor anjing besar yang bewarna putih datang akt aku dan panjat kaki – sampai ke paras pinggang. Tergamam jugak skejap..naseb baek tak menjerit..hahah. Control cool aje..sambil dalam hati menyumpah2 kat anjing ngan tuannye itu..hee. dahla kaki anjing tu ade tanah..kotor baju Z*** ku itu! tak pasal2 kena samak! beg kaler merah yang aku slalu bawak pegi kelas tu pun kena jugak…maybe da tak pakai kot pasni. ches.
Hari ni ade viva untuk projek radio..kena bagi presentation dalam 10-15 mins kat dalam lab kol 10 nanti. tak prepare sangat pon..masih lagi dihantui kejadian anjing ganas tadi. tak kesah lah..
Check email…tetiba baru perasan 1 emel daripada encik Li@m M@dden. Dia mintak aku wat podcast pasal computing project untuk diletakkan kat Blackboard@WebCT. Nak bagi inspiration untuk first years tahun depan katenye..adoi. Actually dia bagi emel ni 14/05 iaitu khamis minggu lepas. Camne la plak tak terperasan…lagipun dah marked as read..pelik betul. Tapi skarang ni macam bz je kalau nak prepare untuk presentation tu. Perlukah aku reply emel tersebut? 