Archive for May, 2009

Bermulanya Minggu Peperiksaan

Posted in M.C.B.O.D.C.K Originals on 24 May 2009 by afabakar

Sempena minggu exam nih, blog M.C.B.O.D.C.K akan dibiarkan bersawang sebentar selama 3 minggu. Ni jadual exam untuk pelajar-pelajar tahun pertama jurusan Electrical and Electronic Engineering di Imperial College London.


Monday, 27 April : Introduction to Management & Organizations

Tuesday, 26 May : Devices & Fields

Thursday, 28 May : Digital Electronics I

Monday, 1 June : Electronic Materials

Wednesday, 3 June : Mathematics I

Thursday, 4 June : Mathematics II

Monday, 8 June : Analogue Electronics I

Wednesday, 10 June : Analysis of Circuits

Friday, 12 June : Communications I

Adeyh…banyak betul subjek & paper. Semoga dipermudahkan! Amin..

Gud luck everyone!

Witness

Posted in M.C.B.O.D.C.K Originals on 21 May 2009 by afabakar

IMAG0261

Ini Prayer Room(PR) kat Imperial College. Urm…well…not really. Ni gambar ruang rehat dekat PR…ada sebijik microwave oven dimana pelajar2 suka panaskan bekalan makan mereka…heheh. Walaupun PR ni tak besar mana, tapi kat sini lah tempat student2 muslim solat, makan, study, rehat dan sebagainya. Biasanya aku solat zohor kat sini sebab malas nak balik ke Wilson House yang sangat jauh itu. Lagipun almost tiap2 hari akan ada makanan halal yang dijual dalam Prayer Room (PR) pada waktu tengah hari. Biasanya lunch kat sini je sebab : 1)Murah 2)Makanan Malaysia (read:Nasi Lemak, Nasi Tomato, Nasi Goreng). Makanan ni malaysian student sendiri yang buat..hargenye 2 pound sahaja. At least lagi murah daripada Nasi Ayam (read:nasi lauk ayam) berharga 3 pound yang dijual di prayer hall di sebuah universiti lain..hehehe. Kadang-kadang solat asar pun kat sini kalau balik lambat. Kadang-kadang study kat sini jugak sementara nak masuk waktu zohor. Kadang kadang tidur kat sini jugak sebab ada bantal kecik yang empuk!

Tapi hari ni tak macam hari-hari yang lain. Petang tadi study kat library…dalam kol 5 ptg gerak pegi PR untuk solat asar. Lepas abes solat asar, sorang ISOC rep buat pengumuman mintak semua jemaah tunggu jap sebab nak witness sorang brother peluk islam. ni 1st time tengok detik2 seorang yang dahulunya bukan Islam, diajar sebut kalimah syahadah both in english n arabic, dan akhirnya dia Islam. Rasa terharu n syukur bila dengar bro tu mengucap kalimah shahadah.

Anjing, Radio dan Podcast

Posted in M.C.B.O.D.C.K Originals on 19 May 2009 by afabakar

Seperti hari-hari lain, pagi tadi aku jalan kaki ke IC merentasi Kensington Garden yang besar itu..kalau dari hall ke kampus adela dalam 20-25 mins (ini kalau guna rate orang london berjalan…expect some longer time if u’re not a londonite). Kalau jalan kat taman-taman ni biaselah mesti jumpa anjing2 sekalian dengan tuannye…ade kecik..besar..comel..hodoh dan sebagainya. Bile dah selalu jalan2 dengan binatang2 nih dah rase biasa la plak…kekadang tu selamba je tuan anjing bagi anjing dia lalu kat sebelah..tapi xyah risau sebab anjing2 kat sini tak menyerang manusia dengan ganas.

Kensington Garden (Aerial View)

Kensington Garden (Aerial View)

Pagi tadi ade 2,3 orang yang bawak 4-5 anjing mereka yang fluffy dan besar. Ntah kenapa tetiba salah seekor anjing besar yang bewarna putih datang akt aku dan panjat kaki – sampai ke paras pinggang. Tergamam jugak skejap..naseb baek tak menjerit..hahah. Control cool aje..sambil dalam hati menyumpah2 kat anjing ngan tuannye itu..hee. dahla kaki anjing tu ade tanah..kotor baju Z*** ku itu! tak pasal2 kena samak! beg kaler merah yang aku slalu bawak pegi kelas tu pun kena jugak…maybe da tak pakai kot pasni. ches.

Hari ni ade viva untuk projek radio..kena bagi presentation dalam 10-15 mins kat dalam lab kol 10 nanti. tak prepare sangat pon..masih lagi dihantui kejadian anjing ganas tadi. tak kesah lah..

Check email…tetiba baru perasan 1 emel daripada encik Li@m M@dden. Dia mintak aku wat podcast pasal computing project untuk diletakkan kat Blackboard@WebCT. Nak bagi inspiration untuk first years tahun depan katenye..adoi. Actually dia bagi emel ni 14/05 iaitu khamis minggu lepas. Camne la plak tak terperasan…lagipun dah marked as read..pelik betul. Tapi skarang ni macam bz je kalau nak prepare untuk presentation tu. Perlukah aku reply emel tersebut?  podcast

Hari Sabtu Itu

Posted in M.C.B.O.D.C.K Originals on 9 May 2009 by afabakar

Tottenham

saya ke tempat ini tadi. tak lawa macam Hampstead Heath ataupun Mile End. kecewa jugak.

Lab Lab Lab

Posted in M.C.B.O.D.C.K Originals on 7 May 2009 by afabakar

 

Setelah berminggu-minggu tak masuk laboratory, akhirnya hari ni dapat jugak guna..kitorang 1st year student kat IC kena design dan buat sebuah radio yang simple…AM radio. Tugasan ni mula diberi mid-march…sebelum Easter Break lagi. So basically saya dah design circuit radio ni sebelum cuti aritu, hantar report segala bersama senarai komponen2 yang diperlukan untuk buat radio nih. Department EEE beli komponent2 tersebut…jimat duet takyah beli komponen sendrik..huahua. Kat London ni ade beberapa stesen radio AM..n radio ni didesignkan supaya dapat dengar 1 channel dengan optimum. so hopefully dapatla dengar radio station yang telah diaimkan untuk radio ni tangkap..ngeh3.

 

DSC04799 

Part paling best time buat radio ni ialah main2 ngan soldering iron! Dah lame dah tinggal benda2 nih. Dulu2 time kecik2 abah kadang2 beli Hobby Kit (particularly from this company, Escol) kat supermaket kat Kota Bharu..kalau kat Kuala Terengganu jarang2 ada kat supermarket..tapi maybe kat kedai2 elektronik kecik2 ade la kot. Balik je rumah terus excited nak buat..hahah. Waktu ni la aku first main2 ngan soldering iron etc. Ade jugak yang tak jadik..frust2. Of cos yang seronoknye bile projek tu menjadi…siang malam dok menatap je lampu2 yang kelip kat atas PCB tuh..hahah. Tapi last2 sume2 tu simpan dalam laci je…tak tau la skarang ni ade lagi ke tak circuit2 tu kat rumah..

DSC04808

Berbalik kepada kisah projek radio. So far dah buat testing untuk audio amplifier ngan power supply rail. Esok maybe nak test tuning circuit, aerial buffer ngan demodulator pulak. Tengoklah camne…hopefully jadi lah radio cikai nih.

Wahai Sup Sayur!

Posted in M.C.B.O.D.C.K Originals on 6 May 2009 by afabakar

Rabu – half day off for UK students. Tapi takde kelas pun hari ni. So study kat bilik je lagi best dan takyah penat2 nak jalan kaki pergi balik ke IC. Lagipun bole masak sup sayur kalau kat bilik.

Sup sayur?

Aah..tak pernah2 pun terpikir nak buat. Even nak makan pun susah. Tapi ntah kenapa tetiba bila tengok ada banyak perencah sup sayur kat dapur semalam(banyak sebab bawak dari malaysia tapi tak masak2) , mengidam nak makan sup sayur pulak. Kesudahannya, semalam pergi Somerfield, beli sayur2 dalam paket. Hari ni rebus sayur2 tu dalam perencah sup sayur. et voila! Sup sayur saya dah siap.

Itulah kisah Sup Sayur.

Okes..berbalik kepada mode exam. Sepatutnya sekarang study Electronic Materials tapi buat sup sayur lah..update blog lah..tangkap gambar lah..tak istiqamah!

Did i mention tangkap gambar?

Yup. Few snapshots yang membuktikan saya tengah study electronic materials!

dsc04792

Notes Electronic Materials yang memeningkan kepala. Diakui oleh kebanyakan pelajar2 EEE kat Imperial.

dsc04791

Catalyst. Buat jadual harian baru seronok nak belajar. Lagipun colourful..seronok untuk ditengok kan.

Enough for today’s musings.

Muse? Muse! Great band, Encik Matt is a great musician. Singing and strumming guitar is one thing,  but playing Rachmaninoff-esque songs on piano? That’s a super talent. Album baru mungkin keluar Summer 2009. Best!

muse

Ciao!