Archive for December, 2008

Postcard from Paris

Posted in M.C.B.O.D.C.K Originals on 31 December 2008 by afabakar

resized_dsc01607

Eiffel Tower waktu malam…cantik!

resized_dsc01680

Sungai Seine

resized_dsc01879

TGV dekat Gare Du Nord

resized_dsc01858

Arc De Triomphe

resized_dsc01815

Grande Arche dekat La Defense

resized_dsc01782

Musee Du Louvre

resized_dsc01759

Salah satu pinu masuk Lourve

resized_dsc01750

Metro station yang agak lawa..

resized_dsc01725

to be continued..kalau rajin blog ni akan diupdate..hehe

Makan Nasi Lemak

Posted in M.C.B.O.D.C.K Originals on 20 December 2008 by afabakar

nasi lemak!

Haa…menu hari ini : NASI LEMAK! For the first time in my life, i cooked this mouth-watering nasi lemak…lalala..sedap jugak walaupun sambal tu tak menjadi sangat..haha. Sebenarnya petang tadi terpikir nak buat nasi lemak untuk breakfast esok..jadi aku pun pergi la dekat Queensway untuk cari rencah2 semua. Kat Queensway ni ade satu kedai yang jual bahan2 mentah dari Malaysia yang sememangnya susah nak cari kat UK. Masuk je kedai tu, terus aku grab daun pandan, ikan bilis, bawang merah ngan cili kering. Dan dengan tidak sengajanya aku terbeli blender dekat Argos untuk mengisar cili-cili kering sekalian..huahua.

Dalam kol 6 lebih, aku start blender bawang dan cili kering untuk dijadikan paste..pastu goreng2 ngan belacan sket, air lemon sket(ganti tamarind), garam & gula pastu jadila sambal seperti diatas. Untuk nasi pulak, letak je daun pandan, santan ngan halia sket bersama2 beras tu…tup tup tetiba jadi nasi lemak..huhu.

Tetiba jadi blog resepi plak..ish..

Rabu oh Rabu

Posted in M.C.B.O.D.C.K Originals on 17 December 2008 by afabakar

Berjaya jugak aku jejakkan kaki ke westfield buat pertama kalinya. Walaupun dok kat London, tapi tak pernah lagi sampai kat shopping mall yang baru dibukak bulan lepas nih. Westfield nih terletak di kawasan Sheperds Bush..tapi lagi dekat dengan White City kot. So dengan gigihnya aku bangun awal2 pagi tadi, bersiap2 dan naik bas No.27 ke Notting Hill Gate Station dan tukar bas No.148 ke White City. Tak jauh pun..dalam 20mins je perjalanan naik bas…kalau naik tube pun bole jugak..brenti kat White City (Hammersmith & City Line) atau Wood Lane (Central Line). Niat di hati nak beli baju n seluar untuk dimatchkan dengan jaket yang baru beli semalam…tapi last2 beli skarf n topi saje..huhu. Lagipun kat Westfield nih mostly kedai2 yang mempunyai nama orang seperti Puan Karen Millen, Encik Fred Perry, Puan Sri Zara, Dato’ Tommy Hilfiger dan sebagainya (in other words…kdai2 yang membuatkan poket anda bocor).

Lepas pusing-pusing dalam bangunan tu lebih kurang 2 jam, aku pun terasa lapar dan nak makan walaupun baru pukul 11.45 pagi. Kebetulan pulak masa sebelum aku sampai Westfield tadi, ternampak satu kedai Chicken Cottage yang sememangnya halal itu. Lantas dengan bersemangatnya aku melangkah keluar dari Westfield menuju ke pekan kecil Sheperds Bush dan mencari-cari kedai Chicken Cottage itu. £2.99 untuk fries, chicken poppers dan air pepsi…kenyang =) !

imag0076

Entrance

imag0073

Apple Store

imag0074

Puan Sri Zara

imag0075

Pemadangan di luar Westfield

That’s it for now..chow

Noda Yang Menyakitkan Hati

Posted in M.C.B.O.D.C.K Originals on 1 December 2008 by afabakar

salji yang tiba-tiba turun

view dari penjara Wilson. kelihatan salji rintik-rintik.

Weekend kat London nih, kalau tak join program2 ngan senior sekalian, kitorang pegi kedai mencari barang-barang dapur. Al kisahnya hari jumaat lepas ada program MABIT di Finsbury Park(which has its own meaning in arabic, but our nifty seniors redefine the word by putting it as an acronym: Malam Bina Iman dan Taqwa..cool init?).

Pada hari jumaat itu, memandangkan kelas aku kat IC habis pukul 5.30 petang, dengan bergegasnya aku amik bas “414….to Maida Hill…The Chippenam”  kat Brompton Road dan berhenti di tempat yang biasanya berhenti iaitu Sussex Gardens. Mas ngan Pidah awal2 lagi dah bersiap…so lepas kemas2 beg n solat isyak, kami pun pergi naik bas ke Finsbury Park yang indah nian itu. Perjalanan ke Finsbury Park memerlukan kami untuk menukar bas, iaitu bas pertama dari Edgware Road Station ke Warren Street Station dan bas kedua dari Warren Street Station ke Finsbury Park. Kami tak kesah sangat kalau nak tukar bas banyak kali sebab dah beli Seasonal Bus Pass…35 pound sebulan. Gunalah banyak mana pun…x kesah…aiman tak kesah (eh aiman..pinjam nama skejap ye =P )

Sampai kat Finsbury Park agak lambat jugak…dalam kol 7 petang lebih. Masa tu semua da ada kat Playford Road, namely Basir, Pali, Iman, Shah, Epi, Amri, Faris, Famy, abg Hadhrami, dan tuan-tuan rumah sekalian. Malam tu dinner nasi ayam yang sedap..credit to Chef Waqi yang hebat mengendalikan kuali periuk sekalian. Lepas makan kitorang berjalan bersama2 di bawah sinaran bintang malam ke masjid finsbury park untuk program seterusnya…MABIT!

Alhamdulillah malam tu terisi jugak weekend kat London nih dengan talk oleh abang Hadhrami, tayagan movie Sang Murabbi dan jugak qiamullail. Btw, abang Hadhrami ni senior post graduate kat Imperial College, kalau tak silap buat PhD in Signal Processing (yeke?)…which is under the Department of Electrical and Electronic Engineering. Lepas siap solat subuh kat masjid kat finsbury park tu, kitorang pegi Playford Road untuk breakfast cereal dan roti + coklat n butter. kali ni Chef Waqi tak masak pulak..ingatke nak hidang nasi lemak ke…nasi ayam lagi ke =P. Lepas tuh mostly bersurai, ade jugak yang pegi riadah…main basketball kot. Motif la kan kalau aku nak main basketball…harap je tinggi n tangan panjang…lolkedai arsenal

otw balik *distracted by pidah*

Sebenarnya hajat dihati nak gunting rambut tapi kedai tak bukak lagi di awal pagi…weekend pulak tuh. So we proceeded to Chinatown. Ingat nak beli meggi ngan sayur dan rempah brahims sekalian..tetapi rupanya kami sampai terlalu awal….semua kedai kat Chinatown tutup lagi. Tapi mase tu dah kol 9 lebey…tak paham btol la ngan diorang ni…suke bukak kedai lambat-lambat time weekend. Dengan keciwanya, kami pergi mencari pondok bas di Piccadily Circus untuk melihat peta bas. Setelah beberapa minit memikirkan keadaan kami yang kekecewaan ini, kami mencapai kata putus untuk pergi ke Clapham Junction dimana sebuah ASDA besar, LIDL besar (tak besar mane pun) dan Boots besar berada. “Bolehla aku beli pringles…lama tak makan pringles”, bak kata Mas. Sungguh gembira melihatkan reaksi Mas yang sangat teruja itu.ASDA Clapham Junction

ASDA besar di Clapham Junction

Dalam bas pulak, satu insiden yang tak diingini telah berlaku (tajuk post ini berdasarkan perenggan ini). Sambil2 tengah duduk secara horizontal atas kerusi bas tu, kedengaran bunyi benda jatuh ke atas lantai bas. Tengok2, alangkah terkejutnya apabila HTC Touch HD yang baru berusia 1 minggu 1 hari itu jatuh ke bawah! Ntah macammana aku tak terperasan, dahla time tu tak letak phone dalam casing kain dia. Consequently, as for now, i found 5 UGLY SPOTS on my dearie phone. Cis.

tiga noda

tiga noda pertama yang berjaya dikesan

satu lagi nodasatu lagi noda yang berlindung disebalik pantulan cahaya lampu

Lepas balik dari Clapham Junction, kami pegi makan kat PFC Bayswater dan terus balik (takde mood dah nak story panjang2).

Hari Selasa depan ada Christmas Test…4 subjek dalam masa 2 jam..mampukah? Tengok dulu, jangan judge awal sangat wahai enche eju. Adapun fungsi Test itu ialah untuk kebaikan bersama, membolehkan diriku menilai adakah berbaloi sepanjang pembelajaranku selama 2 bulan di bumi UK.

Hari Khamis pulak ada Programming Test untuk kedua kalinya. Kali ni lagi susah sket kot…tapi kalau tak bole buat jugak bahasa Pascal tuh, akanku seru nama Mrs B…hehe

Hari Isnin minggu depan kena hantar essay untuk subjek Technical Communications yang paling tidak digemari. Sesungguhnya saya sedang mengusahakan essay mengenai Solid State Drive yang akan mendominasi sektor penyimpanan data binari berbanding cakera keras. 1500 words.Tapi setakat ni baru siap 3++ words.

Hari-hari selepas hari isnin pulak kena buat report Design Project. Dengan sedihnya, diumumkan bahawa group leader saya telah menggunakan kuasa vetonya dan menugaskan tugasan terbaru untuk saya tugaskan walhal tugas itu sebenarnya tugasan yang perlu beliau siapkan. Dia dengki kot aku punya task da siap..cis lagi.

That’s it for today. =|